Perpustakaan PKB dengan kerjasama Kelab Rakan Pustaka (KRP) telah mengadakan program Books4u pada 27 Februari 2018 (Selasa) di Foyer Perpustakaan PKB. Program ini  yang bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 2 petang telah mendapat sambutan para peserta dalam kalangan pelajar mahupun kakitangan warga PKB.

Program Books4U ini adalah bertujuan untuk memudahkan warga PKB dalam mengakses buku-buku terkini yang terdapat di dalam Perpustakaan PKB. Di samping itu, program ini juga dapat mendedah dan mempromosikan koleksi, kemudahan dan peranan perpustakaan dalam kalangan warga PKB. Beberapa aktiviti yang turut diadakan ialah perkhidmatan pinjaman buku, Kuiz Books4u dan cabutan bertuah bagi menarik pengunjung untuk menyertai program yang dianjurkan tersebut.

Secara keseluruhan, program ini telah berjaya mencapai objektif antaranya  menggalakkan minat membaca dan meningkatkan kadar pinjaman  dalam kalangan pelajar mahupun staf PKB. Semoga program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.