Pertandingan fotografi anjuran bersama Kelab Rakan Pustaka dan Kelab Fotografi Politeknik Kota Bharu telah diadakan pada 14 Januari sehingga 4 Febuari 2018. Pertandingan fotografi ini yang bertemakan “Warga Kreatif PKB Progresif” telah Berjaya mencungkil bakat-bakat baharu dalam kalangan pelajar. Di samping itu, dapat menggalakkan penghasilan seni fotografi yang kreatif dan berkualiti dalam kalangan peserta terlibat.

Secara keseluruhannya pertandingan fotografi  ini dapat memupuk sebagai salah satu hobi yang sihat dalam kalangan pelajar di samping memberi peluang kepada mereka menunjukkan kreativiti sesuai dengan tema.

Para pemenangnya ialah :-

Pemenang tempat pertama

Muhammad Asrul bin Yahya 

Pemenang Tempat Kedua

Hanan Mardia binti Ismail 

Pemenang tempat ketiga

Nursyahirah Sofea binti Zainuddin