18 Januari 2023, Politeknik Kota Bharu - Bengkel Kecergasan bagi bulan Januari 2023 anjuran Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan (JSKK) PKB diteruskan lagi dengan Kursus Dalam Perkhidmatan (KUDAP) yang ketiga iaitu Bengkel Kecergasan :Fit Cycling Siri 1/2023 kepada staf PKB. Bengkel ini menekankan aspek Pengenalan Asas Berbasikal, Komponen dan Pengendalian Basikal, Teknik Kayuhan yang betul dan juga Penyelenggaraan Basikal. Seramai 21 orang peserta telah menyertai bengkel ini bersama seorang penceramah dan 6 orang urusetia. Slot teori dan praktikal bengkel ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Hasnizul bin Hasbullah selaku penceramah bengkel yang sememangnya berpengalaman luas dalam arena sukan berbasikal. Perasmian Bengkel dan Pelepasan Kayuhan sebagai acara praktikal telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Akademik PKB, Ir. Haji Mohd Zaidi bin Che Mod dan turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan serta Pensyarah-pensyarah Kanan PKB.