22 Februari 2016 (Isnin) – Jabatan Perdagangan PKB dengan kerjasama MNZWAJ Associates telah mengadakan Seminar Pengauditan PKB Sesi Disember 2015 pada 22 Februari 2016 bertempat di Dewan Al-Ghazali, PKB. Seminar ini telah melibatkan seramai 244 orang pelajar Semester 5 dan 6 program Diploma Akauntansi yang mengambil kursus Auditing and Assurance. Perasmian program telah disempurnakan oleh Pengarah PKB, Tuan Haji Noor Azahan bin Othman. Sesi ceramah telah disampaikan oleh dua orang penceramah yang berpengalaman luas dalam bidang pengauditan iaitu Tuan Haji Zulkepli Bin Marzuki (Senior Partner, MNZWAJ) dan YM Tengku Hasna Binti Tengku Yusof (Branch Manager, MNZWAJ). Seminar ini telah berjaya menambahkan pengetahuan dan meningkatkan kefahaman para pelajar melalui perkongsian kepakaran dan pengalaman para penceramah dalam bidang pengauditan, sekaligus menjadi pelengkap kepada aspek teoretikal yang telah dipelajari dalam bilik kuliah.