18 Ogos 2024 : Sidang pertama Istiadat Konvokesyen PKB Ke-37 dan Kolej Komuniti Kelantan telah disempurnakan oleh YBrs. Ts Abdul Razak Bin Sabtu, Pengarah Kanan (Kompetensi) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, JPPKK. Majlis ini telah berlangsung di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu.
Pada sidang pertama pagi tadi menyaksikan seramai 235 graduan daripada Jabatan Kejuruteraan Mekanikal berjaya menerima penganugerahan Diploma Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif), Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Mekatronik) dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian).
Hadir dalam majlis ini Pengarah Politeknik Kota Bharu, Gs. Sr Mohd Fikri Bin Ismail, Timbalan Pengarah Akademik, Ir. Haji Mohd Zaidi Bin Che Mod dan Timbalan Pengarah Sokongan Akademik Encik Che Anuzi Bin Yusoff. Hadir bersama pengarah-pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti Kelantan, wakil-wakil industri dan tetamu jemputan.
Tahniah dan syabas kepada semua graduan yang berjaya menerima segulung diploma pada hari ini. Pastinya kejayaan ini tidak akan terhenti disini. Kami seluruh warga PKB sentiasa menyokong perjuangan anda di luar sana.