21 Ogos 2024 (Rabu) - Hari ini merupakan hari terakhir penugasan Jawatankuasa Perbarisan Hormat dan Luar Dewan untuk Majlis Konvokesyen Politeknik Kota Bharu ke 37 Tahun 2024 selepas mengadakan sesi latihan dan persiapan selama sebulan berpanas dan berhujan setiap petang tanpa jemu dengan pelbagai cabaran.
Usai selesai penugasan, keesokannya Jawatankuasa ini akan terlibat dengan Penyimpanan dan Penyelenggaraan Logistik Perbarisan Hormat dan Luar Dewan. Jawatankuasa ini terdiri daripada Perbarisan Unit Beruniform Politeknik Kota Bharu iaitu RELASIS, Askar Wataniah, PISPA dan Pengakap Kelana yang diiringi dengan pasukan Brassband serta perarakan VVIP yang diiiringi kumpulan Bunga Manggar yang diuruskan oleh Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan PKB.
Terima kasih kepada pihak Jurulatih Perbarisan Hormat daripada Skuadron ke-7, Rejimen Askar Jurutera DiRaja dan Pasukan Brassband Batalion ke-21 RAMD Kem Pengkalan Chepa serta semua pihak di atas segala sokongan, kepercayaan dan memandang serta menghargai usaha kami ini demi kelancaran Majlis Konvokesyen PKB.
Rumusan:
Sidang 1 JKM 18082024 Ahad
Pt Kom dan Odeli : Askar Wataniah PKB (Siswa)
 
Sidang 2 JKE 19082024 Isnin
Pt Kom dan Odeli : RELASIS PKB (Siswi)
 
Sidang 3 JKA 20082024 Selasa
Pt Kom dan Odeli : Pengakap Kelana PKB (Siswa)
 
Sidang 4 JP 21082024 Rabu
Pt Kom dan Odeli : PISPA PKB (Siswa)
 
Sambutan VVIP Pembuka Pintu Kereta Semua Sidang : RELASIS PKB