PROGRAM LIBAT URUS DAN CSR HARI PROFESION TEKNIKAL NEGARA TAHUN 2024 (HPTN 2024) JKR NEGERI KELANTAN
27 November 2024, DEWAN AL-GHAZALI, Politeknik Kota Bharu : Pihak Jabatan Kerja Raya Negeri Kelantan dengan Kerjasama Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Kota Bharu akan mengadakan taklimat bagi program Libat Urus dan CSR Hari Profesion Teknikal Negara (HTPN) tahun 2024. Ia merupakan satu inisiatif untuk memberi galakan dan melahirkan tenaga mahir dalam bidang teknikal. Program ini merupakan platform warga teknikal menyumbang daya intelek serta kekuatan masing-masing demi negara madani tercinta. Program ini telah diikuti oleh pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Awam dan Pelajar Perdagangan semester 5 seramai 80 orang.
 
Objektif bagi program libat urus dan CSR ini adalah meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat tentang peranan kritikal dan sumbangan profesion teknikal dalam kemajuan ekonomi dan pembangunan infrastruktur negara. Ia juga Menarik minat dan inspirasi dalam kalangan generasi muda untuk menceburi bidang teknikal, serta menunjukkan potensi kerjaya yang cerah dan peluang dalam profesion ini. Dari program ini juga membolehkan profesional berkongsi pengalaman, pengetahuan dan amalan terbaik dalam bidang teknikal, yang membantu meningkatkan tahap profesionalisme dan kualiti kerja dalam industri serta memberi peluang kepada pelajar menentukan halatuju selepas tamat pengajian di PKB ke peringkat yang lebih tinggi, seterusnya meningkatkan kebolehpasaran pelajar PKB.