12 April 2025 - Politeknik Kota Bharu (PKB) berbesar hati menerima kunjungan rasmi YBhg. Datuk Muhammad Razman bin Abu Samah, Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Jabatan Perdana Menteri ke Asrama PFI PKB.
Lawatan ini turut disertai oleh YBrs. Dr. Hj. Mohd Daud bin Isa, Pengarah PKB; Ir. Hj. Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik PKB; Encik Mohd Hafiz bin Abu Chek, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Governan dan Kecemerlangan JPPKK dan Konsortium PAE Sdn. Bhd.
Lawatan ini menjadi platform penting dalam menilai kemudahan asrama yang dibina melalui inisiatif PFI serta memperkukuh kerjasama strategik antara institusi pendidikan dan pihak kerajaan dalam pembangunan infrastruktur berkualiti untuk kesejahteraan pelajar.
PKB komited untuk terus menyokong usaha transformasi pendidikan teknikal demi melahirkan graduan berdaya saing.

