13 April 2025 - Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Politeknik Kota Bharu telah menganjurkan Industry Expert Enrichment Program (IEEP) melalui lawatan akademik ke CNCKB Industry. Rombongan telah disambut mesra oleh Ts. Wan Ahmad bin Wan Mohd Jamil, Pengurus CNCKB Industry.
Lawatan ini melibatkan pelajar daripada pelbagai program iaitu Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM), Diploma Kejuruteraan Mekanikal Automotif (DAD), Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pertanian (DPT), serta Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM). Turut hadir memeriahkan lawatan ialah En. Zahidi bin Hibadullah, Timbalan Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (Sokongan Akademik), Ketua-ketua Program serta barisan pensyarah JKM.
Program seperti ini bukan sahaja membuka peluang kepada pelajar untuk memahami realiti industri sebenar, malah memperkukuhkan hubungan strategik antara institusi pendidikan dan industri. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan demi manfaat pelajar dan pembangunan TVET negara.