14 – 15 APRIL 2025, MAKMAL PENDAWAIAN 1, JKE PKB : Kursus baikpulih alatan elektronik khususnya penyaman udara (aircond) ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan asas dan kemahiran praktikal kepada pelajar Politeknik. Dengan perkembangan pesat teknologi serta permintaan tinggi dalam penyelenggaraan dan pembaikan penyaman udara, kursus ini akan memberikan peluang kepada pelajar untuk memahami cara kerja dan proses pembaikan alatan ini, seterusnya meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam industri. Program ini telah diikuti oleh pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik, semester 3 bagi program DET dan DEE, semester 4 bagi Program DEP seramai 30 orang.
Objektif bagi program ini adalah untuk memberi pendedahan tentang asas operasi penyaman udara di samping membimbing pelajar dalam teknik penyelenggaraan dan bembaikan penyaman udara. Di samping itu, pelajar boleh meningkatkan kemahiran pelajar dalam bidang baikpulih alatan elektronik. Kursus ini juga dapat membantu pelajar membangunkan keyakinan untuk bekerja dalam bidang berkaitan.
Impak daripada kursus ini, pelajar dapat memahami asas sistem penyaman udara dan cara penyelenggaraan, dapat menguasai kemahiran praktikal baikpulih penyaman udara serta pelajar juga lebih besedia untuk bekerja dalam industri berkaitan.

