17 April 2025,Politeknik Kota Bharu: Seminar ini diadakan kepada semua pelajar semester 3,4 dan 5 dari Jabatan Kejuruteraan elektrik dan para pensyarah. Tujuannya adalah untuk memberi kesedaran dan pemahaman mengenai konsep kecerdasan buatan (AI), teknologi yang kini menjadi salah satu bidang paling pesat berkembang di dunia kepada teknologi kecerdasan buatan (AI) dan revolusi 4.0.
 
Seminar ini dirasmikan oleh Ketua Jabatan JKE, Tn. Hj. kaswadi bin Abdul Ghani. Penceramah yang dijemput adalah Dr. Mohd Suhairi bin Md Suhaimi yang menumpukan kepada pengenalan kepada AI dan Dr. Norashady bin Mohd Nor yang menjelaskan teknologi revolusi 4.0. Seminar ini diharap dapat memberi kesedaran kepada kita bahawa setiap yang kita laksanakan seharian adalah berasaskan teknologi kecerdasan buatan (AI).
Selaras dengan kemajuan teknologi, aplikasi AI terus berkembang dan memberikan impak yang amat signifikan dalam membantu manusia menyelesaikan masalah yang lebih rumit lagi kompleks. Kursus ini adalah untuk memberikan pengenalan yang komprehensif kepada peserta mengenai konsep, teknik dan aplikasi Artificial Intelligence (AI). Di mana, para peserta akan mendapatkan pemahaman yang jelas dan kukuh tentang asas AI, kecerdasan buatan melalui penggunaan tools yang meliputi pembelajaran mesin, jaringan neural dan aplikasi praktikal yang boleh digunakan dalam pelbagai bidang dan keperluan tertentu.