17 APRIL 2025, DEWAN AMANAH IKHTIAR MALAYSIA CAWANGAN PASIR PUTEH, KELANTAN
Program CSR ini dianjurkan oleh AJK CSR Jabatan Perdagangan dan JK SPak, Politeknik Kota Bharu yang berlangsung di Dewan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) Cawangan Pasir Puteh, Kelantan dengan melibatkan jumlah sasaran peserta seramai 30 orang yang terdiri daripada SAHABAT AIM dan Komuniti Pasir Puteh. Sesi ceramah bagi bengkel ini telah disampaikan oleh 2 orang penceramah daripada Jabatan Perdagangan, Politeknik Kota Bharu iaitu Puan Zulaida binti Mohamed dan Puan Moriza binti Fikri dan berlangsung selama 1 hari.
Bengkel ini dianjurkan bagi menyediakan peserta dengan pemahaman dan kemahiran dalam pengenalan jurnal kewangan vang tersusun dan tepat untuk dikongsikan bersama kepada sahabat AIM. Proses penyediaan jurnal kewangan akan lebih memudahkan dan dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam rekod kewangan sejajar dengan keperluan agensi dan industri.
Pelaksanaan program ini bertujuan juga membantu peserta memahami konsep jurnal kewangan, serta memberikan pendedahan kepada peserta tentang proses penyediaan jurnal kewangan. Selain itu juga, pelaksanaan program ini mampu menggalakkan peserta untuk merekod transaksi kewangan dengan lebih sistematik dan memudahkan peserta untuk mengendalikan sistem kewangan yang melibatkan banyak transaksi urusniaga dalam kelangsungan menjalankan perniagaan yang lebih berdaya saing.

