16-17 April 2025 | Unit Keusahawanan Politeknik Kota Bharu
Unit Keusahawanan Politeknik Kota Bharu telah menganjurkan program Memacu Keusahawanan Pelajar Melalui Revolusi Teknologi AI. Program ini diadakan pada 16 & 17 April 2025 (Rabu- Khamis) yang melibat seramai 120 Peserta dan 40 urusetia.
Majlis Penutupan Program ini telah dirasmikan oleh Dr. Haji Mohd Daud bin Isa, Pengarah Politeknik Kota Bharu. Program ini telah disampaikan oleh Penceramah Jemputan iaitu Encik Shahril dari speedopis99 Academy Sdn.Bhd.
Matlamat utama program ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk meningkatkan Kreativiti Pelajar dalam Pemasaran Digital dan memahami teknik profesional menggunakan teknologi AI serta memberikan pendedahan kepada pelajar tentang peranan media sosial dalam membangun jenama dan memperluas capaian pasaran.
Dalam masa yang sama juga untuk Melahirkan Usahawan Muda yang Berdaya Saing dalam teknologi digital bagi memastikan mereka relevan dalam era revolusi teknologi dan dapat menguasai Trend Media Sosial seperti TikTok yang trendy bagi mempromosikan perniagaan mereka.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada Pn. Nik Rozina @ Nik 'Azyyati selaku Ketua Unit Keusahawanan PKB diatas penganjuran program ini serta para urusetia dan semua peserta yang telah terlibat dalam menjayakan program ini.
"PKB Melangkah Pasti Mencipta Juara"
