27 April 2025 - Satu kunjungan hormat telah diadakan ke Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Kelantan. Delegasi AKM diketuai oleh Puan Zuryati binti Zakaria, Pengarah AKM Kelantan, bersama pegawai latihan En. Asri bin Dollah dan En. Kamaruddin Mohd Zain.
Kunjungan ini membincangkan peluang kerjasama strategik antara AKM dan Politeknik Kota Bharu (PKB) dalam penganjuran kursus kenegaraan kepada para pelajar PKB serta memperkukuhkan halatuju pembangunan modal insan berteraskan kenegaraan.
PKB diwakili oleh Ir. Hj Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik PKB, dan turut disertai oleh En. Zainal Anuar bin Bakri, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB.
Semoga jalinan ini membuka lebih banyak ruang kolaborasi untuk memperkasa jati diri dan patriotisme dalam kalangan mahasiswa.

