28 April 2025 - Pasukan Audit Dalaman Kementerian Dalam Negeri (KDN) Kelantan telah mengadakan lawatan pengauditan ke atas Persatuan Kakitangan Politeknik Kota Bharu (PKPKB). Pemeriksaan dokumen telah dijalankan di Bilik APACC bermula jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang.
Hasil daripada pemeriksaan tersebut, Pasukan Audit berpuashati terhadap pengurusan semasa PKPKB. Namun begitu, beberapa teguran, saranan dan cadangan penambahbaikan telah dikemukakan bagi memperkukuh dan meningkatkan lagi tahap pengurusan persatuan ke arah yang lebih mantap dan efisien pada masa akan datang.

