30 April 2025 - Majlis Menandatangani Nota Kerjasama & Surat Hasrat antara Politeknik Kota Bharu (PKB) bersama 4 agensi kerajaan dan 8 pihak industri telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Bilik Mawar, PKB. Majlis ini menjadi simbol komitmen berterusan dalam memperkukuh jaringan kolaborasi strategik antara institusi pendidikan dan sektor awam serta swasta.
Majlis disaksikan oleh YBrs. Dr. Riam a/p Chau Mai, Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), manakala PKB diwakili oleh Pengarahnya, YBrs. Dr. Hj Mohd Daud bin Isa.
Turut hadir Ir. Hj Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik PKB, En. Abdullah @ Mat Yusof bin Yaacob, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PKB dan barisan pengurusan PKB.
 
Kolaborasi ini dijangka membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada pelajar dan pensyarah dalam aspek latihan industri, pemindahan teknologi serta pembangunan modal insan yang selari dengan keperluan semasa industri.