30 April 2025, MAKMAL GCL 7 POLITEKNIK KOTA BHARU: Bengkel TBE CareerBoost merupakan sebuah inisiatif di bawah program Diploma Insurans dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) JP yang bertujuan untuk membantu pelajar menghadapi Peperiksaan Takaful Basic Examination (TBE) dengan menggunakan fasiliti institusi yang dapat membantu mereka untuk menjawab peperiksaan dengan lancar. Peperiksaan ini merupakan prasyarat penting bagi individu yang ingin menceburi bidang takaful secara professional. Bengkel ini telah disertai oleh seramai 14 orang peserta yang terdiri daripada pelajar Diploma Insurans yang terdiri dari semester 10 orang pelajar semester empat dan 4 orang peserta semester dua. Penyertaan ini mencerminkan keterlibatan pelbagai pihak dalam menyokong pembangunan kemahiran kendiri dan kerjaya melalui PSH. Secara keseluruhannya, Bengkel TBE CareerBoost telah mencapai objektif yang disasarkan. Program ini bukan sahaja memberi manfaat dari sudut akademik, malah turut menyokong pembangunan kerjaya peserta dalam industri takaful. Pihak penganjur yang terdiri daripada Ketua Jabatan Perdagangan, Puan Juli Suzlin binti Mohd Jalaludin, Ketua Program Diploma Insurans Puan Norhidayah binti Mohamad Yusop, berserta Jawatankuasa PSH-JP Puan Nordiana, Puan Zuraini dan Puan Aniza merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program ini.
