4 Mei 2025 - Politeknik Kota Bharu (PKB) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Faizuddin Centre Of Educational Excellence (FCoEE) yang diketuai oleh YBhg. Profesor Emeritus Dr. Kamarudin bin Hussin, Pengarah Eksekutif FCoEE. Kunjungan ini telah disambut mesra oleh YBrs. Dr. Hj. Mohd Daud bin Isa, Pengarah PKB, bersama Ketua-ketua Jabatan dan Ketua-ketua Unit.
Sesi perbincangan yang berlangsung di Bilik Ibnu Khaldun menyentuh beberapa perkara penting, termasuk kerjasama strategik dalam penganjuran AI Summer Camp 2025 Zon Timur, serta potensi kolaborasi dalam bidang pendidikan dan pembangunan bakat. Inisiatif seperti ini membuktikan komitmen bersama dalam memperkasa pendidikan teknikal dan vokasional seiring kemajuan teknologi semasa.
PKB mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak FCoEE atas kunjungan ini dan berharap kerjasama yang terjalin akan memberi impak positif kepada para pelajar dan komuniti pendidikan.
