6 Mei 2025 - Politeknik Kota Bharu berbesar hati menerima lawatan kerja daripada YBhg. Datuk Mohamad Azhan bin Md. Amir, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Pembangunan), Kementerian Pendidikan Tinggi yang telah berlangsung di Bilik Ibnu Khaldun.
Ketibaan YBhg. Datuk disambut mesra oleh YBrs. Dr. Haji Mohd Daud bin Isa, Pengarah PKB bersama pengurusan tertinggi. Lawatan ini memberi ruang untuk perbincangan mendalam mengenai status projek pembangunan dan fasiliti yang memerlukan penyelenggaraan di PKB.
Turut hadir Tn. Haji Ghazali bin Hizam (Setiausaha Bahagian, KPT), Puan Nurakmar binti Abdul Rashid (Ketua Penolong Setiausaha, Unit Politeknik dan Kolej Komuniti, KPT), Dr. Bibie Sara binti Salleh (Timbalan Pengarah, Bahagian Perancangan Program dan Institusi, JPPKK), Ir. Hj Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik PKB serta barisan pengurusan PKB.
Komitmen KPT dalam memastikan kemudahan pendidikan tinggi sentiasa berada dalam keadaan terbaik amat dihargai.

