6 Mei 2025 - Setinggi-tinggi syabas dan tahniah buat 10 pelajar Politeknik Kota Bharu bersama 24 pelajar dari politeknik lain di bawah POLYCC terpilih menyertai Program Latihan Kemahiran Industri ECRL (PLKI-ECRL) di Luizhou, China.
Majlis penyerahan surat tawaran ini telah disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim, menjadikan POLYCC satu-satunya IPTA dalam kumpulan pertama yang menerima peluang istimewa ini — dan mencatat jumlah peserta terbanyak berbanding institusi TVET lain.
Turut hadir YBhg. Dato' Dr. Hj. Mohd Zahari bin Ismail, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
Kejayaan ini membuktikan kemampuan pelajar PKB dalam memenuhi standard industri antarabangsa serta mencerminkan kualiti pendidikan TVET Malaysia.