12 Mei 2025 - Syabas dan tahniah kepada Team Apontez dari Politeknik Kota Bharu (PKB) yang telah berjaya merangkul Naib Johan Keseluruhan di peringkat akhir NxGV Challenge 2025 (Next Generation Electrical Vehicle Challenge) yang berlangsung pada 8–12 Mei di MAEPS Serdang.
Pasukan ini membuktikan kehebatan mereka daripada peringkat penciptaan, rekabentuk, pembinaan, pemasangan dan pendawaian serta gabungan kepakaran dalam kejuruteraan mekanikal dan elektrikal dengan pencapaian cemerlang dalam tiga kategori utama:
1. Tempat Pertama – Acceleration Category
2. Tempat Kedua – Best Safety
3. Tempat Ketiga – Endurance Category
Pasukan juga berjaya dianugerahkan dengan tersenarai sebagai Top 5 lagi dalam 3 kategori berikut dengan menaiki podium bagi:
1. Tempat Keempat - Efficiency Category
2. Tempat Kelima - Engineering Design Category
3. Tempat Kelima - Autocross Category
Secara keseluruhannya, pasukan ini berjaya berada dalam senarai menaiki podium sebanyak 6 kategori dan dengan itu muncul sebagai Naib Juara NXGV Challenge 2025 di mana Universiti Malaysia Pahang mendahului anugerah sebagai Juara, sekaligus Pasukan Apontez PKB sebagai Juara bagi PolyCC.
Kejayaan ini turut diserikan dengan kehadiran dan sokongan penuh daripada YBrs. Dr. Haji Mohd Daud bin Isa, Pengarah Politeknik Kota Bharu. Tahniah kepada seluruh pasukan, khususnya kepada ketua pasukan En. Mohd. Zulkafli bin Mohamed, Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (Automotif), atas kepimpinan dan dedikasi serta kepakaran yang luar biasa bersama pasukan.
Teruskan mencipta kejayaan dan mengharumkan nama PKB di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

