13 Mei 2025 - Politeknik Kota Bharu melakar satu lagi kejayaan membanggakan apabila dianugerahkan pencapaian SANGAT CEMERLANG dalam memenuhi Sasaran Kerja Tahunan Pembelajaran Digital Tahun 2024 oleh Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
Lebih membanggakan lagi, PKB turut mencapai penarafan 5 BINTANG bagi pengiktirafan penggunaan Technology Enable Collaborative Classroom (TeCC).
Pencapaian ini adalah hasil usaha gigih dan komitmen berterusan seluruh warga PKB dalam memperkasa ekosistem pembelajaran digital serta memperkukuh peranan PKB sebagai institusi TVET unggul.
Terima kasih atas dedikasi semua. Teruskan momentum ini demi kecemerlangan bersama.
