13 Mei 2025 | 9.00 pagi
Command Center Batu 9, Tanah Merah, Kelantan
Politeknik Kota Bharu (PKB) telah menerima jemputan daripada Yayasan Mahsari Group untuk menyertai Program “Jom Masuk U” Peringkat Parlimen Tanah Merah. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar dan bakal mahasiswa mengenai peluang melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi, khususnya berkaitan program yang ditawarkan oleh universiti dan politeknik.
PKB telah diwakili oleh Puan Sharifah Mona Liza binti Sayed Salabudin (Pegawai Hal Ehwal Pelajar), Puan Sukma binti Ismail (Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam) serta Nida Ul Husna binti Zamri ,pelajar PKB yang sedang menjalani Latihan Industri. Penyertaan promosi dalam program ini telah memberikan impak positif terhadap usaha promosi institusi, di samping meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai peluang pendidikan yang disediakan. Sambutan yang diterima daripada para pengunjung amat menggalakkan, dengan ramai menunjukkan minat untuk mendapatkan maklumat lanjut dan memohon kemasukan ke politeknik.
Diharapkan penyertaan dalam program seumpama ini dapat diteruskan dan diperluas pada masa akan datang sebagai salah satu strategi promosi dan pengukuhan institusi PKB dalam kalangan masyarakat.
