15 Mei 2025 | Sebagai sebahagian daripada inisiatif memperluas jangkauan promosi kemasukan pelajar baharu, Jawatankuasa Promosi Politeknik Kota Bharu (PKB) telah melaksanakan siri program promosi di lima institusi memandu terpilih sekitar negeri Kelantan.
Program ini menyasarkan golongan belia, khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sedang menjalani latihan memandu, sebagai kumpulan sasaran utama dalam usaha memberi pendedahan awal mengenai peluang melanjutkan pengajian dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).
Lima institusi memandu yang telah terlibat dalam program ini serta tarikh pelaksanaan adalah seperti berikut:
1. Academy SKMS e-Smart Driving, Tumpat – 28 April 2025
2. Akademik Memandu Anda, Melor – 6 Mei 2025
3. Institut Memandu KMSE, Pasir Mas – 10 Mei 2025
4. Akademi Memandu Kok Lanas Sdn. Bhd. – 14 Mei 2025
5. Institut Memandu Yakin Pandu Sdn. Bhd., Pengkalan Chepa – 15 Mei 2025
Program promosi ini telah berjaya menarik minat ramai peserta dengan perkongsian maklumat yang komprehensif berkenaan peluang pengajian, program pengajian yang ditawarkan serta kelebihan menyambung pengajian di Politeknik Kota Bharu.
Inisiatif ini dilihat sebagai langkah proaktif dalam meningkatkan jumlah permohonan kemasukan pelajar bagi sesi pengambilan akan datang, di samping memperkukuhkan kedudukan Politeknik Kota Bharu sebagai institusi pilihan utama dalam landskap pendidikan TVET negara.
