17 Mei 2025 - Telah berlangsung mesyuarat penting sempena penganjuran 3rd International TVET and Entrepreneurship Conference 2025 (3rd ITEC 2025) di Bilik Ibnu Khaldun, Politeknik Kota Bharu. Mesyuarat ini menjadi saksi jalinan kerjasama akademik yang erat antara Politeknik Kota Bharu dan Politeknik Medan (POLMED), Indonesia.
Delegasi dari POLMED yang diketuai oleh Ir. Abdul Rahman, S.T., M.T. (Dosen Teknik Mesin) disambut mesra dan mesyuarat dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Hj. Mohd Daud bin Isa, Pengarah PKB. Antara perkara utama yang dibincangkan adalah perkembangan terkini persiapan ITEC 2025, inisiatif kerjasama serantau antara Malaysia dan Indonesia serta cadangan pelaksanaan program CSR bersama.
Kerjasama ini mencerminkan komitmen bersama dalam memartabatkan pendidikan TVET dan keusahawanan di peringkat antarabangsa. Semoga hubungan strategik ini terus memperkasa modal insan dan membina jaringan ilmu yang mampan.
Turut hadir Ir. Hj Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik PKB, En. Abdullah @ Mat Yusof bin Yaacob, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PKB dan Sekretariat 3rd ITEC 2025 PKB.
