14 Jun 2025- Kem Bakat Siri I untuk Bola Tampar Dewan Lelaki bagi pemilihan pemain SUKMA KELANTAN tahun 2026/28 telah berjaya di adakan pada 13-14 Jun 2025 di Politeknik Kota Bharu. Kem Bakat ini merupakan pencetus dan nafas baharu untuk arena sukan bola tampar di negeri Kelantan supaya lebih berkembang dan kualiti dapat dipertingkatkan dari tahap akar umbi. Program ini juga bagi persiapan Pasukan Bola Tampar POLYCC Kelantan menghadapi MSC 2025.
Seramai 60 orang atlet seluruh negeri Kelantan telah menyertai program ini. Majlis Penutup dirasmikan oleh YABhg Dato’ Sr. Hj. Zamri Bin Hj. Ismail selaku Presiden Persatuan Bola Tampar Kelantan (KAVA) diiringi oleh Ybrs. En Arman Bin Zulkifli selaku Naib Presiden KAVA serta Puan Muzimah Aida Bt Md Mustafa, Ketua Kursus Jabatan Sukan Kokurikulum & Kebudayaan.
Program ini dirangka oleh Ybrs En Basyir Ahmad & En Mohd.Zulkafli Mohamed selaku pengarah program merangkap Exco KAVA dan telah berjaya dijalankan selama 3 hari dua malam setelah 14 tahun pasukan bola tampar dewan Negeri Kelantan tidak mengambil bahagian dalam termasya SUKMA. Tahniah kepada 36 atlet yang telah terpilih untuk ke siri seterusnya.
Kem Bakat ini dibantu oleh barisan trainer & jurulatih tempatan dan diperhebatkan lagi dengan jemputan instruktor Mejar Bersara En Mohamad Jais B Mat Som yang merupakan bekas pemain serta jurulatih kebangsaan, memiliki sijil kejurulatihan peringkat antarabangsa (FIVB Level 3), Pengadil Kebangsaan serta banyak lagi pencapaian beliau.
Terima kasih pihak MSN, pihak Politeknik Kota Bharu, Persatuan Bola Tampar Kelantan (KAVA) serta syarikat iHsan Group Consultancy yang bersama-sama mengembeleng tenaga dalam menyokong usaha yang turut bekerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga sukan bola tampar di Kelantan akan terus berkembang maju dan berjaya dalam misi yang diperjuangkan.
