18 Jun 2025 - Telah berlangsungnya pertandingan kawad tangan kosong yang penuh semangat di Padang Kawad Politeknik Kota Bharu (PKB) sempena 7th Malaysian Polytechnic RELASIS Annual Camp (MalPRAC) 2025.
Pertandingan ini menyaksikan persembahan mantap dan disiplin tinggi oleh pasukan-pasukan RELASIS dari seluruh negara, memperagakan koordinasi, ketepatan arahan dan semangat berpasukan yang luar biasa.
Kawad tangan kosong bukan sekadar aksi ketenteraan, tetapi lambang jati diri, disiplin serta kepimpinan dalam diri pelajar TVET yang mampu mencorakkan masa depan negara.
Syabas kepada semua kontinjen yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dan semangat juang tinggi.