23 Jun 2025 - Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024 Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK).
Majlis penuh bermakna ini telah berlangsung dengan jayanya di Bangi Avenue Convention Centre, menghimpunkan para penjawat awam cemerlang yang menjadi tunjang kecemerlangan TVET negara.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah YBrs. Ts. Mohd Hisham bin Makhtar, Pengarah Politeknik Kota Bharu, bagi menyampaikan sokongan dan penghargaan kepada warga PKB yang menerima pengiktirafan berprestij ini.
Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga Politeknik dan Kolej Komuniti untuk terus cemerlang, berinovasi dan menyumbang demi pendidikan teknikal negara.
