22–25 Jun 2025 | Terengganu - Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Politeknik Kota Bharu (PKB) telah berjaya melaksanakan Program CSR Jiwa Murni di beberapa lokasi terpilih iaitu Kem Sri Nibong (Kg Alor Jejawi) dan Balai Bomba dan Penyelamat Paka, Terengganu, dengan kerjasama erat daripada 23 SKN RAJD (AW).
Program selama 4 hari ini memberi tumpuan kepada aktiviti kemasyarakatan dan kemahiran teknikal termasuk:
• Pembinaan tandas rumah OKU
• Servis motosikal komuniti
• Sesi perkongsian ilmu berkaitan kimpalan
• Penyiapan anjung surau di Balai Bomba Paka
•Pembinaan pagar tertutup blok asrama lelaki
Usaha ini bukan sahaja memperkukuhkan hubungan komuniti–institusi, malah membuka ruang pelajar dan pensyarah menerapkan kepakaran kejuruteraan mereka dalam konteks sebenar masyarakat.
JKM PKB berbesar hati atas sokongan yang diberikan oleh semua pihak terlibat khususnya anggota 23 SKN RAJD (AW) dan warga Balai Bomba Paka. Semangat gotong-royong, kolaborasi dan khidmat bakti ini diharap menjadi inspirasi untuk terus menyumbang kepada pembangunan komuniti.

