29 Julai 2025 – Majlis penutup Minggu Transformasi Siswa (MTS) telah berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Jubli Perak, menandakan berakhirnya minggu orientasi bagi pelajar baharu Politeknik Kota Bharu.
Seramai 980 orang pelajar baharu telah diraikan dalam majlis ini yang telah dirasmikan oleh YBrs. Ts. Mohd Hisham bin Makhtar, Pengarah PKB. Turut hadir ialah Ir. Hj Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik PKB, En. Abdullah @ Mat Yusof bin Yaacob, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PKB, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua-Ketua Unit serta pensyarah-pensyarah yang sentiasa komited dalam membimbing dan menyambut kehadiran mahasiswa baharu.
Sepanjang minggu MTS, pelbagai pengisian telah dijalankan bagi membantu para pelajar menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran di politeknik serta membina jati diri sebagai pelajar TVET yang berkualiti.
Selamat datang ke warga baharu PKB. Semoga terus melangkah cemerlang sepanjang pengajian di sini.