30 Julai 2025 - Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Negeri Kelantan telah melaksanakan sesi Inspektorat Pematuhan Keselamatan Perlindungan di Politeknik Kota Bharu (PKB), yang diketuai oleh Pn. Sabariah binti Saudi, Pengarah Keselamatan Kerajaan Negeri Kelantan.
Turut hadir dalam sesi taklimat dan perbincangan ialah Ir. Hj Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik PKB, En. Abdullah @ Mat Yusof bin Yaacob, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PKB bersama barisan Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua-Ketua Unit.
Inspektorat ini bertujuan menilai tahap pematuhan terhadap keperluan keselamatan perlindungan di institusi kerajaan, khususnya melibatkan pengurusan dokumen, kawalan akses fizikal, ICT dan pengurusan keselamatan dalaman.
PKB sentiasa komited untuk memastikan tahap keselamatan dan perlindungan aset serta maklumat sentiasa berada pada tahap tertinggi selaras dengan peraturan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.