3 Ogos 2025 - Politeknik Kota Bharu (PKB) sekali lagi membuktikan kecemerlangan dalam bidang keusahawanan apabila berjaya meraih tempat ketiga dalam Lab Keusahawanan Siri 2 PolyCC yang berlangsung di Bagan Lalang, Selangor dari 31 Julai hingga 3 Ogos 2025.
Wakil PKB terdiri daripada dua pelajar Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) bersama mentor Pn. Nik Rozina @ Nik Azyyati binti Nik Jaafar telah membentangkan projek inkubator WoodWISE dalam sesi pembentangan Model Perniagaan Kanvas (BMC) pada 2 Ogos lalu.
Lebih membanggakan, PKB turut menerima Anugerah Mentor Terbaik, sekaligus membawa pulang RM150.00 bagi tempat ketiga dan RM50.00 bagi anugerah mentor.
Tahniah buat pasukan WoodWISE atas pencapaian yang membanggakan ini. Semoga terus melakar kejayaan dalam arena keusahawanan TVET.
