4 Ogos 2025 - Telah berlangsungnya program JKM CONNECT 2025 bertemakan Bonding, Belonging, Becoming, program anjuran Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM) dengan kerjasama Unit Psikologi di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu (PKB).
Majlis telah dirasmikan oleh YBrs. Ts. Mohd Hisham bin Makhtar, Pengarah Politeknik Kota Bharu, yang turut menyampaikan amanat penuh inspirasi kepada warga JKM. Turut hadir Ir. Hj Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik PKB, En. Abdullah @ Mat Yusof bin Yaacob, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PKB, Tn Hj Zamzuri bin Arifin, Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal serta para pensyarah JKM yang menunjukkan sokongan padu terhadap pembangunan sahsiah dan kesejahteraan pelajar.
Program ini bukan sahaja memperkukuh ikatan antara pensyarah dan pelajar, malah menjadi platform untuk memupuk rasa kekitaan dan membina jati diri ke arah menjadi pelajar TVET yang cemerlang.
Tahniah diucapkan kepada semua JK penganjur dan peserta yang menjayakan program ini.
