9 Ogos 2025 - Politeknik Kota Bharu (PKB) berbesar hati dapat bersama-sama menjayakan Program Madani Kelantan 2025 yang berlangsung selama 3 hari, dari 7 hingga 9 Ogos 2025 di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad Ke IV. Pasukan Robotik dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) PKB telah membawa pameran robotik yang menarik perhatian pengunjung, khususnya golongan pelajar dan belia. Pameran ini bukan sahaja mempamerkan inovasi dan kreativiti pelajar PKB, malah menjadi platform untuk berkongsi ilmu serta menggalakkan minat terhadap bidang teknologi dan automasi. Terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan reruai PKB.