13 Ogos 2025 - Politeknik Kota Bharu (PKB) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yayasan Raja Shamri (YRS) atas penyerahan sebuah komputer riba kepada Mohamad Assran bin Ahmad Rosdi, pelajar Diploma Kejuruteraan Awam. Inisiatif ini menjadi bukti keprihatinan YRS dalam membantu pelajar-pelajar daripada golongan asnaf dan B40 agar dapat mengikuti pengajian dengan lebih selesa dan berkesan. Semoga sumbangan ini menjadi pemangkin semangat kepada semua pelajar untuk terus cemerlang dalam bidang akademik. Turut hadir Ir. Hj Mohd Zaidi bin Che Mod, Timbalan Pengarah Akademik PKB, En. Abdullah @ Mat Yusof bin Yaacob, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PKB dan Ketua-ketua Jabatan PKB.
