Politeknik Kota Bharu sekali lagi membuktikan kehebatan dalam bidang inovasi dan kreativiti apabila berjaya membawa pulang 2 pingat emas, 4 pingat perak dan 1 pingat gangsa di International Innovation and Invention Competition Through Exhibition (iCompEX 2025) yang berlangsung di Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS), Jitra, Kedah pada 12–14 Ogos 2025.
Kejayaan ini adalah hasil kerja keras, komitmen, dan semangat berpasukan para peserta serta bimbingan padu pensyarah pembimbing. Tahniah khas kepada penerima Gold Award Medal:
JKE – Ts Mohd Faizal bin Mustapha, Junekh Eyat Eng Tian a/l Juan, Mohd Faiz Husny bin Yusof
JMSK – Wan Izyani binti Wan Jusoh, Rozinah@Nurhaizi binti Ramli, Nur Amalina binti Mohd Nazri
Syabas PKB! Teruskan mengukir kejayaan di pentas inovasi.

