30 Julai 2025 - Pertemuan selama 5 jam bersama Pelajar Baharu Sesi I 2025/2026 dengan penuh pengisian oleh Jabatan Sukan, Kokurikulum dan Kebudayaan Politeknik Kota Bharu diharap menjadi pembuka tirai keseimbangan penglibatan antara akademik dan kokurikulum.
Perkongsian ini merangkumi lima slot yang disampaikan oleh 5 pegawai JSKK dikemudi KJSKK PKB Ts. Haji Sazami bin Shafi'i bersama 995 pelajar semester 1 sebaik sahaja tamatnya Minggu Transformasi Siswa. Antara pengisian ialah Pengenalan JSKK dan Kemudahan, Pemilihan Kokurikulum Berkredit, Pelaksanaan Pendaftaran Kursus Kokurikulum sama ada Sukan, Kelab dan Unit Beruniform, Yuran MSP dan Perkongsian Sistem IJSKK. Turut hadir para Penyelaras JSKK dan turut disokong oleh para pelajar senior Unit-Unit Beruniform PKB. Semoga JSKK dapat melahirkan barisan pelajar yang berbakat dan seimbang akademik dan kokurikulum bersesuaian dengan misi JSKK sebagai hub atlit yang berkualiti.
