3 September 2025 - Majlis Penutupan Rasmi 3rd International TVET & Entrepreneurship Conference (3rd ITEC 2025) telah berlangsung dengan penuh meriah di Dewan Jubli Perak, Politeknik Kota Bharu (PKB).
Majlis ini telah disempurnakan oleh YBrs. Dr. Shahiza binti Ahmad Zainuddin, Pengarah Pusat Penyelidikan dan Inovasi, Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK).
Turut hadir menyerikan majlis, En. Abdullah @ Mat Yusof bin Yaacob (Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PKB), En. Saupi bin Mohamed Noor (Ketua Unit Centre for Research and Innovation, PKB) serta delegasi Politeknik Negeri Medan, Indonesia (POLMED).
Tahun ini, 3rd ITEC 2025 berjaya menghimpunkan seramai 140 penyertaan daripada pelbagai institusi dalam dan luar negara, menjadikan persidangan ini platform antarabangsa yang berimpak tinggi.
Dengan tema “Embracing Diversity with Multiple Intelligence in TVET and Entrepreneurship”, 3rd ITEC 2025 terus memperkukuh jaringan akademik, penyelidikan dan industri ke arah memperkasa bidang TVET dan Keusahawanan di pentas global.
 
Tahniah juga diucapkan kepada penerima Best Paper Award:
🏆 Kategori TVET – Ts. Dr. Norazam bin Aliman dengan tajuk “Parameter Estimation of a Mathematical for Lower-Limb Exoskeletons with Paralysed Humans”
🏆 Kategori Entrepreneurship – Pn. Asmahani binti Mohd Hanapi dengan tajuk "Intention To Use Cloud Accounting System Among Higher Education Student in Malaysia: Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) Model".
 
Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Jawatankuasa Penganjur ITEC 2025 yang telah bertungkus-lumus menjayakan persidangan ini dengan penuh dedikasi dan komitmen.