Mengenai Kami

PENGENALAN

Jabatan Hal Ehwal Hal Pelajar (JHEP) merupakan salah satu unit di Politeknik Kota Bharu (PKB) yang memberi perkhidmatan secara langsung kepada pelajar. JHEP juga mengurus pendaftaran pelajar baharu, lapor diri pelajar senior, kebajikan pelajar, insuran pelajar, biasiswa dan pinjaman pelajaran, disiplin serta kegiatan persatuan pelajar. Selain itu, JHEP juga merupakan sumber data pelajar kepada Jabatan Akademik dan Unit lain di PKB, Bahagian Biasiswa KPTM, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan Jabatan Pendidikan Politeknik.

JHEP sentiasa bersedia membantu bakal pelajar dan ibubapa serta guru kerjaya sekolah yang ingin mendapatkan maklumat mengenai syarat kemasukan, kursus yang ditawarkan, tempoh pengajian, yuran pengajian dan bayaran pendaftaran, kemudahan penginapan, dan bantuan kewangan yang boleh dipohon oleh bakal pelajar.

JHEP PKB dibarisi oleh seorang Ketua Jabatan dan 12 orang pegawai beserta staf sokongan yang berkaliber dan berpengalaman luas.

JHEP sentiasa berazam akan terus menyampaikan perkhidmatan terbaik dan mencipta pelbagai kecemerlangan melalui pemerkasaan Technical and Vocational Education and Training (TVET) dalam mendokong pembangunan modal insan.

PKB menawarkan sebanyak 13 kursus peringkat Diploma dan 1 kursus peringkat Pra Diploma sebagaimana berikut:

Jabatan Kejuruteraan Elektrik

  • Diploma Kejuruteraan Elektrik (DET)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) (DEP)
  • Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (DEE)

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal

  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) (DAD)
  • Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian) (DPT)
  • Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM)

Jabatan Kejuruteraan Awam

  • Diploma Kejuruteraan Awam (DKA)
  • Diploma Ukur Bahan (DUB)

Jabatan Perdagangan

  • Diploma Akauntansi (DAT)
  • Diploma Insuran (DIN)
  • Diploma Pemasaran (DPR)
  • Diploma Pengajian Perniagaan (DPM)

Carta Organisasi

 

 

Hubungi Kami

 

Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP)

Politeknik Kota Bharu

KM24 Kok Lanas

16450 Ketereh

Kelantan

Email                   : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Facebook             : KAMI PELAJAR POLITEKNIK KOTA BHARU

Twitter                 : @MPPPKB

Instagram            : MPPPKB

 

Kemudahan / Perkhidmatan

KEMUDAHAN

  • Bilik Gerakan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)
  • Kaunter Perkhidmatan Pejabat JHEP
  • Sistem Pengurusan Maklumat Pelajar (iHELP)
  • Perkhidmatan Kad Pelajar

 

PERKHIDMATAN

SURAT-MENYURAT YANG BOLEH DIPOHON OLEH PELAJAR MELALUI JHEP PKB

  • Surat Berhenti Pengajian
  • Surat Tangguh Pengajian
  • Surat Pengesahan / Akuan Pelajar
  • Surat Pengesahan ke hospital
  • Surat Pengesahan Pinjaman/Biasiswa
  • Surat Maklumat Insuran
  • Pengesahan Untuk Bantuan Kewangan – cth. PPZ, KWSP, PERKESO, Majlis Agama Islam Negeri, Yayasan, dll.

 

Disiplin Pelajar

 

DISIPLIN PELAJAR & AKTA 174

Semua Politeknik Malaysia, UiTM, IPG, Kolej Matrikulasi dan Kolej Komuniti mengguna pakai Akta 174 dan perundangan subsidiari yang dibuat di bawahnyabagi menangani salahlaku pelajar.

Sila layari maklumat umum Displin Pelajar dan Akta 174 di pautan di bawah;

https://anyflip.com/phgun/zggd/

Atau QR Kod:

 

 

Aktiviti

AKTIVITI

  • Menguruskan proses dan hari pendaftaran pelajar baharu
  • Menguruskan proses lapor diri pelajar senior
  • Menguruskan promosi pengambilan pelajar
  • Menguruskan fail peribadi pelajar
  • Menguruskan program sukarelawan sama ada sebagai penganjur, usahasama atau penyertaan
  • Menguruskan program-program yang melibatkan alumni PKB
  • Menguruskan hal kebajikan pelajar seperti kematian, kemalangan dan bencana
  • Menguruskan insuran pelajar
  • Menguruskan biasiswa dan pinjaman pelajaran pelajar
  • Menguruskan perihal disiplin pelajar
  • Menguruskan kegiatan persatuan pelajar