Mengenai Kami

PENGENALAN

Jabatan Kejuruteraan Awam Politeknik Kota Bharu diketuai oleh Encik Zulfarahim Bin Hibadullah selaku Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam dan dibantu oleh Timbalan Ketua Jabatan iaitu Encik Zeham bin Mustapha dengan Setiausaha Jabatan iaitu Sr Siti Yukarni binti Jusoh  bersama dengan 2 orang Ketua Program dan 2 orang Penolong Ketua Program iaitu;

1. Program Diploma Kejuruteraan Awam Ketua : Nor Abidah binti Abdul Hamid
Penolong : Mohd Zamzuranee bin Mohd Nor
2. Program Diploma Ukur Bahan Ketua : Sukmawati Binti Ismail
Penolong : Zuhaida binti Iberahim


Dengan sokongan oleh 78 orang Staf Akademik yang terdiri daripada pensyarah gred DH54, DH52, DH48, DH44, DH41, DH40, DH34, DH32  dan DH29 bersama 3 orang kakitangan Bukan Akademik.

Bilangan Staf Akademik mengikut pecahan program adalah seperti berikut;
1. Program Diploma Kejuruteraan Awam - 53 orang
2. Program Diploma Ukur Bahan - 25 orang

Program Yang Ditawarkan

Program Pengajian Yang Ditawarkan

  • DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM - No Akreditasi : MQA/FA13164
  • DIPLOMA UKUR BAHAN - No Akreditasi : MQA/FA3227

 

DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM

DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM

PENGENALAN

Program Diploma Kejuruteraan Awam menyediakan pembelajaran berkonsepkan pengetahuan, kemahiran dan sikap untuk disesuaikan dengan teknologi baharu dalam bidang Kejuruteraan Awam yang menekankan sikap profesional dan etika dalam memenuhi tanggungjawab terhadap pencipta, pelanggan dan masyarakat. Program ini menawarkan kursus di bidang Kejuruteraan Awam seperti Lukisan Kejuruteraan, Hidraulik & Kejuruteraan Sumber Air, Alam Sekitar, Bahan & Reka Bentuk Struktur, Jalan & Pengangkutan, Pengurusan Kejuruteraan dan Geoteknik. Ia direka khas dengan latihan secara ‘hands-on’ di samping pembelajaran teori dalam bidang Kejuruteraan Awam. Pelajar dikehendaki melengkapkan latihan industri untuk menjadikan pelajar seorang graduan mampu bekerja di dalam pelbagai sektor industri kerana kemahiran dan pengetahuan yang diperolehi boleh digunakan di pelbagai sektor industri. Pelajar juga dilengkapkan dengan kemahiran komunikasi dan kemahiran interpersonal untuk melaksanakan kerja dalam pelbagai situasi. Graduan dalam bidang Kejuruteraan Awam akan dibentuk dengan sifat dan tingkah laku yang positif seperti integriti, kerja berpasukan, berupaya menyelesaikan masalah dan bermotivasi dalam melaksanakan tugas-tugas yang berkaitan dengan bidang pengkhususan mereka. Mereka juga dibekalkan dengan kemahiran keusahawanan untuk menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan pembangunan dalam industri pembinaan. Dengan kemahiran tambahan ini, mereka akan menjadi lebih berdaya saing dalam pasaran pekerjaan sekarang.

 

SINOPSIS DKA
Diploma Kejuruteraan Awam (DKA) merupakan pengajian yang ditawarkan secara sepenuh masa selama 3 tahun atau 6 semester. Pengajian terdiri daripada 5 semester di dalam kampus dan 1 semester latihan industri. Program pengajian DKA ini direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teori, kemahiran praktikal dan pembentukan sikap yang baik. Program ini merangkumi disiplin bidang kejuruteraan awam yang luas dan menawarkan kursus di bidang Kejuruteraan Awam seperti Lukisan Kejuruteraan, Hidraulik & Kejuruteraan Sumber Air, Alam Sekitar, Bahan & Reka Bentuk Struktur, Jalan & Pengangkutan, Pengurusan Kejuruteraan dan Geoteknik.

 

SYARAT KEMASUKAN

Untuk maklumat lanjut berkenaan syarat kemasukan ke Politeknik Kota Bharu Klik sini

 

TUJUAN PROGRAM

Program ini percaya bahawa semua individu berpotensi untuk menjadi juruteknik berpengalaman yang proaktif dan bertanggungjawab untuk menyokong agenda nasional dalam mengubah industri pembinaan menjadi lebih produktif, mempunyai persekitaran mampan yang berdaya saing di seluruh dunia serta berfokuskan kepada keselamatan dan standard kualiti.

 

OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (PEO)

PEO1 : bekerja di dalam bidang kejuruteraan awam

PEO2 : menjadi ketua atau ahli yang menjalankan peranan masing-masing di dalam industri

PEO3 : melibatkan diri dalam aktiviti untuk meningkatkan pengetahuan atau memulakan perniagaan sendiri

PEO4 : memenuhi tanggungjawab profesional dan komuniti, mematuhi nilai-nilai etika dan persekitaran

 

BUKU PANDUAN PROGRAM

Panduan Program Pelajar

 

 

Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian

 

PROSPEK KERJAYA

Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka mengambil bahagian dalam pasaran kerja seperti yang dinyatakan seperti:

  1. Penolong Jurutera
  2. Pembantu Teknikal
  3. Penyelia Tapak
  4. Pegawai Kesihatan dan Keselamatan
  5. Pembantu Penyelidik
  6. Penolong Jurutera Kawalan Kualiti
  7. Penyelaras Bahan
  8. Pemeriksa Kerja Teknikal
  9. Kontraktor
  10. Usahawan

 

SENARAI PENSYARAH PROGRAM DIPLOMA KEJURUTERAAN AWAM

 

DIPLOMA UKUR BAHAN

DIPLOMA UKUR BAHAN

PENGENALAN

Program pengajian Diploma Ukur Bahan direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teoritikal, kemahiran teknikal dan tingkah laku yang diperlukan dalam bidang ukur bahan. Pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran program pengajian ini dijalankan di kampus dan di industri pembinaan yang meliputi skop kerja di dalam pengukuran dan penilaian kuantiti binaan-binaan berdasarkan reka bentuk struktur binaan. Program pengajian ini membentuk pelajar memahami pengetahuan dan kemahiran asas dalam ukur kuantiti bahan seperti membaca lukisan pelan, penggunaan bahan dan teknologi binaan,menulis speksifikasi bahan binaan dan mengira anggaran kos perbelanjaan pembinaan, pengurusan kontrak dan projek pembinaan, undang-undang dan amalan profesional. Kemahiran insaniah, kemahiran berkomunikasi dan kerja berpasukan juga diterapkan kepada pelajar supaya mereka dapat berkomunikasi, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan dengan penuh bertanggungjawab dan berkesan.Segala pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi oleh pelajar amat berguna untuk membina kerjaya ataupun melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dalam bidang ukur bahan.

 

SINOPSIS DUB

Diploma Ukur Bahan (DUB) merupakan pengajian yang ditawarkan secara sepenuh masa selama 3 tahun atau 6 semester. Pengajian terdiri daripada 5 semester di dalam kampus dan 1 semester latihan industri. Program pengajian DUB ini direkabentuk untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan teori, kemahiran praktikal dan pembentukan sikap yang baik. Program ini merangkumi disiplin bidang ukur bahan yang luas dengan pengkhususan dalam membaca lukisan dan pelan arkitek dan jurutera, penggunaan bahan binaan dan teknologi binaan, menulis spesifikasi bahan, pengukuran kuantiti bahan, mengira anggaran kos perbelanjaan pembinaan, pengurusan kontrak dan pembinaan, undang-undang dan amalan professional ukur bahan.

 

SYARAT KEMASUKAN

Untuk maklumat lanjut berkenaan syarat kemasukan ke Politeknik Kota Bharu Klik sini

 

TUJUAN PROGRAM

Program ini percaya setiap individu mempunyai potensi menjadi Pembantu Juru Ukur Bahan mahir yang mampu menyesuaikan diri dengan bidang ini dengan baik seterusnya menyokong usaha kerajaan untuk merangsang pertumbuhan ekonomi dalam masa yang sama dapat menyumbang jumlah pekerja berkualiti untuk semua sektor termasuk industri pembinaan.

 

OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM (PEO)

Program Diploma Ukur Bahan akan menghasilkan siswazah TVET yang seimbang:

PEO 1: berpengetahuan tentang prinsip dan teknologi dan dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan untuk menjamin kerjaya yang produktif dan berkesan sebagai pengamal Juruukur Bahan dan bidang yang berkaitan

PEO 2: menunjukkan komunikasi dengan berkesan untuk berinteraksi dengan orang lain secara kolaboratif dan berorientasikan pasukan

PEO 3: menunjukkan kesedaran mengenai tanggungjawab sosial dan etika sebagai pengamal

PEO 4: mencapai tahap kesedaran dan kemahiran untuk pembelajaran sepanjang hayat bagi memperluas pengetahuan mereka dan meningkatkan keupayaan pengurusan dan keusahawanan untuk pengembangan kerjaya.

 

BUKU PANDUAN PROGRAM

Panduan Program Pelajar

 

 

Arahan-arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian

 

PROSPEK KERJAYA

Peluang pekerjaan pelajar selepas menamatkan pengajian dengan Diploma Ukur Bahan adalah seperti berikut:

  • Pembantu Jurukur Bahan
  • Penilai Kuantiti Binaan
  • Penolong Pengurus Kontrak
  • Penolong Pengurus Projek
  • Pegawai Penilaian Bangunan
  • Penyelia Tapak
  • Pegawai Insurans
  • Penolong Pengurus Projek
  • Penolong Penyelaras Projek
  • Kontaraktor
  • Usahawan

 

SENARAI PENSYARAH PROGRAM DIPLOMA UKUR BAHAN