Mengenai Kami

 PENGENALAN

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal merupakan sebuah jabatan akademik di Politeknik Kota Bharu (PKB) yang menawarkan Program Diploma Kejuruteran Mekanikal (DKM), Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM), Diploma Kejuruteraan Mekanikal Automotif (DAD) dan Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pertanian (DPT).

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal diterajui oleh Ketua Jabatan yang dibantu oleh Timbalan Ketua Jabatan, ketua-ketua program serta staf-staf akademik dan staf sokongan akademik. Staf akademik Jabatan Kejuruteraan Mekanikal terdiri daripada para pensyarah yang berkelulusan dalam pelbagai bidang seperti Kejuruteraan Mekanikal Am, Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan, Kejuruteraan Mekanikal Pertanian, Kejuruteraan Automotif, Kejuruteraan Mekatronik dan lain-lain yang mempunyai pengalaman luas dalam perkhidmatan pendidikan. Kekuatan jabatan adalah kepakaran pensyarah yang terdiri daripada pelbagai tahap pendidikan iaitu yang berkelulusan Ijazah Sarjana dan Ijazah Sarjana Muda dari institusi pengajian tinggi dalam dan luar negara yang diiktiraf. Para pensyarah terdiri daripada gred DH54, DH52, DH48, DH44 dan DH41, DH34 dan DH32. Para Pensyarah juga mempunyai kelayakan profesional daripada badan profesional seperti Malaysian Board of Technogies (MBOT), Members of Board of Engineers Malaysia (BEM), Malaysian Society of Agricultural Engineers (MSAE) dan lain-lain.

Purata jumlah keseluruhan pelajar di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal yang merangkumi keempat-empat program pengajian adalah anggaran seramai 1400 orang pada satu- satu sesi.

Jabatan Kejuruteraan Mekanikal Politeknik Kota Bharu diketuai oleh Tuan Wan Abd Halim Amir bin Wan Muhammad  selaku Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan dibantu oleh Timbalan Ketua Jabatan iaitu Encik Ahmad Suhaimi bin Arshad dengan Setiausaha Jabatan iaitu Puan Sazila binti Yusof. Terdapat 4 program yang diketuai oleh Ketua Program iaitu : 

Nama Ketua Program :

1. Ketua Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM) : Haryanty binti Hassan
2. Ketua Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal Automotif (DAD) : Ahmad Zhafran Bin Yusof
3. Ketua Program Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM) : Mohd Dahlan Anu bin Md Yusof
4. Ketua Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pertanian (DPT) : Nur Farhana Hazwanee Binti Sulaiman
       

 

 

Bilangan Staf Akademik Mengikut Pecahan Program:

Nama Program

Bil. Staf

1. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM)

29 

2. Diploma Kejuruteraan Mekanikal Automotif (DAD)

19

3. Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM)

20

4. Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pertanian (DPT)

16 

Jumlah

84

 

Seramai 84 orang Staf Akademik termasuk Ketua Jabatan bersama 5 orang kakitangan Bukan Akademik di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.

 

Program Yang Ditawarkan

 

Program Yang Ditawarkan

  1. Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM)
  2. Diploma Kejuruteraan Mekanikal Automotif (DAD)
  3. Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM)
  4. Diploma Kejuruteraan Mekanikal Pertanian (DPT)

 

Diploma Kejuruteraan Mekanikal

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DKM)

Sinopsis Program

Diploma Kejuruteraan Mekanikal direkabentuk meliputi disiplin bidang kejuruteraan mekanikal yang semasa dan releven beserta dengan subjek pengkhususan tambahan dalam bidang kejuruteraan mekanikal. Kurikulum program yang dibangunkan adalah bagi menghasilkan graduan yang holistik. Penekanan yang seimbang diberikan terhadap aspek teori dan praktikal. Kaedah pembelajaran yang terkini termasuk pembelajaran teradun turut dijalankan. Kursus teras yang ditawarkan termasuk Engineering Mechanics, Electrical Technology, Engineering Drawing, Mechanical Workshop Practice, Workshop Technology, Computer Aided Design, Thermodynamics, Fluid Mechanics, Strength Of Materials, Pneumatic & Hydraulics, Project, Maintenance Engineering & Management, Material Science, Mechanic Of Machines, Engineering Design and Mechanical Components &Maintenance. Kursus-kursus elektif adalah Computer Aided Design 2, Control System, Instrumentation & Control, Engineering Plant Technology, Quality Control, C programming, Programmable Logic Control, Industrial Management, Diagnose & Troubleshooting for Mechanical Component, Tamadun Islam, Integrasi Malaysia and Computer Application. Kursus teras umum pula meliputi Engineering Mathematics, Engineering Science, Occupational Safety & Health dan Entrepreneurship. Kursus wajib yang ditawarkan termasuk Pengajian Malaysia, Komunikasi dan Penyiaran Islam, Nilai Masyarakat Malaysia, Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Dalam Islam dan Ko-Kurikulum akan menyediakan pelajar dengan kemahiran interpersonal, sikap dan profesionalisme kearah kemajuan kerjaya mereka.

 

Programme Aim

The programme believes that every individual has potential and the programme aims to develop adaptable and responsible Senior Assistant Engineers to support government aspiration to increase workforce in engineering related field.

Programme Educational Objectives (PEO)

The Diploma in Mechanical Engineering programme should produce balanced and competent technical workers who are:

PEO1 : equipped with industry-relevant knowledge and skills in mechanical engineering field

PEO2 : engaging on lifelong and continuous learning to enhance knowledge and skills

PEO3 : instilled with entrepreneurial skills and mind set in the real working environment

PEO4 : established strong linkage with society and players in the industry

 

Buku Panduan Program

  

Prospek Kerjaya

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan mekanikal yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam kejuruteraan mekanikal. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai:

  • Penolong Jurutera
  • Penolong Teknikal
  • Penolong Pengurus penyelenggaraan
  • Penyelia
  • Junior Engineer
  • Pengajar Teknikal atau Pensyarah
  • Eksekutif Jualan Teknikal
  • Juruteknik
  • Eksekutif Kualiti
  • Project coordinator

 

Syarat Kemasukan

Untuk maklumat lanjut berkenaan syarat kemasukan ke Politeknik Kota Bharu (Politeknik Konvensional) Klik sini

 

Senarai Pensyarah Diploma Kejuruteraan Mekanikal

 

 

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) (DAD)

Sinopsis Program

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) di Jabatan Pendidikan Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia direka untuk meliputi disiplin yang luas dalam Bidang Kejuruteraan Mekanikal dengan subjek pengkhususan tambahan dalam Bidang Kejuruteraan Automotif. Kursus teras yang ditawarkan termasuk Mekanik Kejuruteraan, Lukisan Kejuruteraan, “Workshop Technology, Computer Aided Design”, Thermodinamik, Mekanik Bendalir, Sains Bahan, Bengkel Kejuruteraan Mekanikal 1, Teknologi Elektrik dan “Strength of Material”. Kursus pengkhususan seperti Teknologi Kejuruteraan Automotif, Amalan Bengkel Kejuruteraan Automotif, Automotif Elektrik dan Elektronik, Enjin Pembakaran Dalaman, “Vehicle Dynamic, Workshop service Management” dan Projek Akhir. Kursus teras pula termasuk dalam program ini ialah Matematik Kejuruteraan, Sains Kejuruteraan, Kesihatan & Keselamatan Pekerjaan dan Keusahawanan. Kursus-kursus wajib yang ditawarkan termasuk Sains, Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam, Komunikasi dan Penyiaran Islam, Pengajian Malaysia, Nilai Masyarakat Malaysia, Komunikasi Bahasa Inggeris dan Ko-kurikulum akan memberikan pelajar kemahiran interpersonal dan profesionalisme ke arah kerjaya mereka.

 

Programme Aim

The programme believes that every individual has potential and the programme aims to develop adaptable and responsible Senior Assistant Mechanical Engineers to support government aspiration to increase workforce in engineering related field.

 

Programme Educational Objectives (PEO)

The Diploma in Mechanical Engineering (Automotive) programme should produce balanced and competent TVET workers who are:

PEO1 : equipped with industry-relevant knowledge and skills in mechanical engineering field

PEO2 : engaging on lifelong and continuous learning to enhance knowledge and skills

PEO3 : instilled with entrepreneurial skills and mind set in the real working environment

PEO4 : established strong linkage with society and players in the industry

 

Buku Panduan Program

 

 

Prospek Kerjaya

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam Bidang Kejuruteraan Mekanikal dan Bidang Kejuruteraan Automotif yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam industri Mekanikal dan Automotif. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja/ kerjaya sebagai:

  • Penyelia Kilang
  • Pasukan Penasihat Perkhidmatan
  • Pengurus Servis
  • Penolong Pengurus Servis
  • Penyelia Bengkel
  • Pegawai Eksekutif Jualan
  • Penasihat Perkhidmatan Servis
  • Pegawai Perkhidmatan Selepas Jualan

Syarat Kemasukan

Untuk maklumat lanjut berkenaan syarat kemasukan ke Politeknik Kota Bharu (Politeknik Konvensional) Klik sini

 

Senarai Pensyarah Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif)

 

Diploma Kejuruteraan Mekatronik

Diploma Kejuruteraan Mekatronik (DEM)

Sinopsis Program

Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia menawarkan Diploma Kejuruteraan Mekatronik untuk menampung keperluan dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik dengan kursus pengkhususan dalam bidang Kejuruteraan Mekatronik. Kursus Teras yang ditawarkan adalah seperti berikut Lukisan Kejuruteraan, Amalan Kejuruteraan Bengkel Mekatronik, Pengaturcaraan C, Teknologi Elektrik, Lukisan Terbantu Komputer[CAD], Sistem Elektronik, Haba Bendalir, Elektronik Industri, Pengawal Logik Boleh Pengaturcaraan[PLC], Kaji daya Bahan, Sistem Digit, Sistem Pneumatik & Hidraulik, Sistem Kawalan, Elektronik Kuasa, Projek, Automasi Industri, Mekanisma penghantar kuasa,dan Aplikasi Sistem Terbenam.Graduan juga disyaratkan untuk melengkapkan 1 Kursus Elektif pada semester 4 dan 5 dengan minimum 4 kredit. Kursus Elektif ini termasuk Mikropemproses, Lukisan Terbantu Komputer/ Pembuatan Terbantu Komputer[CADCAM], Robot Perindustrian, Pengurusan Industri, Tamadun Islam, Integrasi Malaysia, Dan Aplikasi Komputer. Kursus Teras Biasa pula termasuk subjek Keselamatan & Kesihatan Pekerja, Kejuruteraan Matematik, Sains Kejuruteraan, Dan Keusahawanan. Kursus Wajib pula ialah Pengajian Malaysia, English Komunikasi, Asas Unit Beruniform, Sains Teknologi Dan Kejuruteraan Islam, Nilai Masyarakat Malaysia, Sukan, Kelab/Persatuan, dan Komunikasi Dan Penyiaran Islam yang mana akan menyediakan pelajar dengan keupayaan interpersonal, sikap dan profesionalisme terhadap kerjaya mereka.

 

Programme Aim

The programme believes that every individual has potential and the programme aims to develop adaptable and responsible Senior Assistant Mechatronic Engineers to support government aspiration to increase workforce in engineering related field.

 

Programme Educational Objectives (PEO)

The Diploma in Mechatronic Engineering programme should produce balanced and competent technical workers who are:

PEO1 : equipped with industry-relevant knowledge and skills in mechatronic engineering field

PEO2 : engaging on lifelong and continuous learning to enhance knowledge and skills

PEO3 : instilled with entrepreneurial skills and mind set in the real working environment

PEO4 : established strong linkage with society and players in the industry

 

Buku Panduan Program

 

Prospek Kerjaya

Program ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran dalam Bidang Kejuruteraan Mekatronik yang boleh digunakan untuk pelbagai kerjaya dalam Kejuruteraan Mekatronik. Pengetahuan dan kemahiran yang diperoleh oleh pelajar dari program ini akan membolehkan mereka menyertai pasaran kerja sebagai:-

  • Pembantu Juruteknik
  • Juruteknik Pengeluaran
  • Juruteknik Ujian & Kebolehpercayaan
  • Jurutera Penyelenggaraan
  • Jurutera Jualan
  • Jurutera Permohonan
  • Penyelia Sistem Kawalan
  • Automasi dan Penyelia Robotik
  • Pereka Sistem Mekanikal Elektrik


Syarat Kemasukan

Untuk maklumat lanjut berkenaan syarat kemasukan ke Politeknik Kota Bharu (Politeknik Konvensional) Klik sini

 

Senarai Pensyarah Diploma Kejuruteraan Mekatronik

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian)

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian) (DPT)

Sinopsis Program

Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian) dibangunkan untuk merangkumi pelbagai disiplin kejuruteraan mekanikal dengan memberi pengkhususan dalam bidang pertanian. Para pelajar akan didedahkan dengan pengetahuan asas dalam bidang kejuruteraan mekanikal seperti kursus Lukisan Kejuruteraan, Rekabentuk Berbantu Komputer, Termodinamik, Pneumatik dan Hidraulik dan Amalan Bengkel Mekanikal (Kimpalan, Mesin dan Gegas). Ini akan menyediakan graduan yang berkebolehan di samping mengutamakan pengkhususan bidang pertanian.

Pengkhususan bidang kejuruteraan pertanian adalah:-
(1) Mekanisasi Pertanian
(2) Amalan Mekanisasi Pertanian
(3) Kejuruteraan Tanah, Kejuruteraan Air
(4) Kejuruteraan Pemprosesan Pertanian dan Struktur Ladang
(5) Biosistem dan Teknologi Pengurusan Sisa
(6) Automasi
(7) Robotik dalam Pertanian

 

Programme Aim

The programme believes that every individual has potential and the programme aims to develop adaptable and responsible Senior Assistant Engineers to support government aspiration to increase workforce in engineering related field.

 

Programme Educational Objectives (Peo)

The Diploma in Mechanical Engineering (Agricultural) programme should produce balanced and competent TVET workers who are:

PEO1 : equipped with industry-relevant knowledge and skills in mechanical engineering field

PEO2 : engaging on lifelong and continuous learning to enhance knowledge and skills

PEO3 : instilled with entrepreneurial skills and mind set in the real working environment

PEO4 : established strong linkage with society and players in the industry

 

Buku Panduan Program

 

 


Prospek Kerjaya:

​Peluang pekerjaan pelajar selepas menamatkan pengajian dengan Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian) adalah seperti berikut:

  • Juruteknik Mekanikal
  • Pembantu Teknikal Kejuruteraan Pertanian
  • Juruteknik Jentera Ladang
  • Penyelia Perindustrian Lapangan di dalam Industri Pertanian
  • Penyelia Ladang
  • Penolong Pegawai Penyelidik​

 

Syarat Kemasukan

Untuk maklumat lanjut berkenaan syarat kemasukan ke Politeknik Kota Bharu (Politeknik Konvensional) Klik sini

 

Senarai Pensyarah Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Pertanian)