Mengenai Kami

PENGENALAN

Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) merupakan nadi kepada kelancaran pengurusan di PKB dan menguruskan hal-hal berkaitan Pentadbiran dan Perkhidmatan serta kewangan sebagai salah satu sistem sokongan untuk pembangunan staf sokongan dan Staf Akademik, di mana BKP akan sentiasa bersedia untuk membantu serta menguruskan perkhidmatan staf akademik serta staf sokongan.

Fungsi dan peranan BKP adalah bertanggungjawab kepada 3 aspek utama iaitu Pengurusan Pentadbiran, Perkhidmatan dan Kewangan. BKP juga berperanan membantu ke arah kesejahteraan pengurusan agar dapat berfungsi dengan baik dan dapat menyumbang ke arah kecemerlangan Politeknik. Bahagian Khidmat Pengurusan diketui oleh Pegawai Eksekutif Tertinggi dan dibantu oleh 39 Pegawai dari pelbagai skim dan gred.

 

OBJEKTIF

Seiring dengan misi dan visi Politeknik Kota Bharu untuk menjadi salah sebuah institusi yang terbaik di Malaysia serta mensasarkan perkhidmatan yang yang berkualiti dan berkesan.

Berusaha Memberikan Perkhidmatan Yang Cemerlang Kepada Pelanggan Melalui 7 Prinsip Utama :

  • Jujur
  • Bertanggungjawab
  • Wawasan
  • Bekerjasama
  • Adil
  • Disiplin
  • Perihatin

 

PEMBANGUNAN STAF

Semua staf Bahagian Khidmat Pengurusan diberi peluang untuk mengikuti kursus dan program latihan. Ianya bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan bagi menyumbang kepada kelancaran dan keberkesanan pengurusan pentadbiran Politeknik Kota Bharu.

 

BIDANG TUGAS

Unit Perkhidmatan & Perjawatan

  1. Uruskan Pelantikan, Pengesahan Dalam Perkhidmatan, Perletakan Dalam Perkhidmatan Dan Taraf Berpencen
  2. Urusan Penyata Perubahan berkaitan Perkhidmatan
  3. Uruskan Staf Yang Bertukar Masuk Dan Keluar
  4. Mengemaskini Perjawatan Bagi Staf Akademik Dan Sokongan
  5. Mengemaskini Reten Bulanan Bagi Staf Akademik Dan Sokongan
  6. Uruskan Persaraan Wajib, Persaraan Pilihan Sendiri Dan Pencen Terbitan
  7. Urusan Perletakan Jawatan Dan Pelepasan Jawatan Dengan Izin
  8. Urusan Kenaikan Pangkat Satf Politeknik Kota Bharu
  9. Urusan Tatatertib
  10. Pengurusan SISTEM HRMIS & SISTEM eSIS
  11. Urusan Penggunaan Kemudahan Politeknik Kota Bharu
  12. Urusan Permohonan Menduduki Rumah Kerajaan Politeknik Kota Bharu
  13. Urusan Cuti Staf
  14. Urusan Kehadiran Staf Politeknik Kota Bharu
     

 Unit Pentadbiran

  1. Surat Menyurat dan Fail
  2. Penerimaan Mel, Fax dan pengagihannya
  3. Menyediakan jadual perjalanan bagi kenderaan jabatan Politeknik Kota Bharu
  4. Tempahan Kenderaan
  5. Menguruskan Pengisytiharaan Harta
  6. Menguruskan Pinjaman Perumahan, Kenderaan dan Komputer
  7. Menguruskan Kebersihan kawasan, Keceriaan Persekitaran dan Keselamatan (3K).
  8. Semua urusan yang berkaitan Pentadbiran Am.

 

 Unit Kewangan

  1. Proses Penyediaan Anggaran Belanja Mengurus Bagi Politeknik Kota Bharu
  2. Bayaran Melalui Pesanan Kerajaan
  3. Urusan Bayaran Gaji Staf
  4. Urusan Kutipan Hasil Kerajaan Dan Pendaftaran Pelajar
  5. Akaun Amanah Dan Tuntutan Elaun Perjalanan Dan Elaun Lebih Masa Staf
  6. Pengurusan Perakaunan-Pengurusan Jawapan Kepada Pertanyaan Audit Kewangan.

Carta Organisasi

 

Hubungi Kami

 

HUBUNGI KAMI

1. JASLINA BINTI JAAFAR  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

2. NOR HASMIZA BINTI ZAKARIA - Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

         

 

 

Kemudahan

 

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN

1. Bilik Mesyuarat

2. Dewan

3. Kenderaan Jabatan