Mengenai Kami
PENGENALAN
Pasukan Tindakan Kecemasan (Emergency Response Team - ERT) merupakan jawatankuasa tindak balas pantas di bawah Unit Keselamatan Politeknik Kota Bharu (PKB) yang berperanan sebagai barisan hadapan dalam mengendali, mengurus, dan menangani sebarang insiden kecemasan atau krisis di dalam kampus.
ERT diwujudkan bagi merancang dan melaksanakan Pelan Tindakan Kecemasan (Emergency Response Plan - ERP) PKB secara berkesan demi mengurangkan risiko kecederaan, kehilangan nyawa, dan kerosakan harta benda institusi.
Antara peranan dan fungsi utama ERT merangkumi:
Merancang, menyelaras, dan melatih warga kampus menerusi simulasi dan latihan kecemasan berkala seperti latihan kebakaran (fire drill), penanganan insiden banjir, gempa bumi, serta kawalan haiwan berbisa.
Mengaktifkan Pos Gerakan (Command Post) dan mengendalikan prosedur pengungsian bangunan (building evacuation) secara teratur apabila berlaku kecemasan.
Bertindak mengikut skop peranan khusus semasa krisis yang diterajui oleh Incident Commander dan Deputy Incident Commander, serta dibantu oleh:
Pasukan Pemadam (Fire Team): Melakukan tindakan pemadaman awal kebakaran.
Pasukan Pencari & Penyelamat (Searcher & Rescue Team): Menyelamat dan memindahkan mangsa ke tempat berkumpul yang selamat.
Pasukan Rawatan Bantu Mula (First Aider): Menyediakan rawatan perubatan awal dan menguruskan peti pertolongan cemas (First Aid Box).
Ketua Aras (Floor Monitor): Memastikan semua penghuni keluar, mematikan bekalan elektrik, dan mengendalikan panggilan nama (roll-call).
Sekuriti & Pegawai Dokumentasi: Mengawal lalu lintas/parameter tempat kejadian serta mencatat kronologi insiden kecemasan.
Melalui struktur tindak balas yang komprehensif dan terlatih, ERT PKB komited untuk memberikan respon terpantas dan profesional bagi menjamin keselamatan seluruh staf, pelajar, dan pelawat semasa situasi krisis.
