Mengenai Kami

PENGENALAN

Unit Komunikasi dan Hubungan Korporat (UKK) diwujudkan pada Julai 2019 di Politeknik Kota Bharu (PKB) selaras penstrukturan semula Unit Komunikasi Dan Hubungan Korporat (UKK) Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) bagi merancang dan mengurus imej jabatan dan melaksanakan promosi melalui strategi  perhubungan awam yang teratur, mengurus aktiviti promosi dan publisiti program pengajian di jabatan dan institusi. 

Media dan publisiti amat penting bagi mempromosi dan menaikkan nama dan jenama Politeknik dan Kolej Komuniti. Kegiatan dan aktiviti yang berlaku di Institusi memerlukan publisiti yang meluas agar diketahui umum.

Kejayaan sesuatu program diukur melalui publisiti yang disalurkan kepada media. Publisiti melalui media menjadi agen dalam menghebahkan sesuatu majlis samaada di peringkat kebangsaan atau antarabangsa

 

VISI

Menjadi jentera pengurusan komunikasi dan perhubungan awam Kementerian yang profesional dan berwibawa.

 

MISI

Mengukuhkan imej korporat Kementerian menerusi pengurusan komunikasi dan perhubungan awam yang strategik

 

OBJEKTIF UNIT KOMUNIKASI DAN HUBUNGAN KORPORAT

  • Mewujudkan perhubungan baik antara Jabatan dengan pihak awam serta media melalui strategi penyampaian maklumat perkhidmatan yang berkesan demi mencapai objektif PKB secara keseluruhan
  • Memastikan keberkesanan perancangan dan pelaksanaan pelan media berhubung publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi Jabatan melalui bahan promosi, media elektronik dan media cetak
  • Menyediakan bahan edaran dan rujukan kepada pihak awam dan media serta bahan maklumat bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi Jabatan melalui penerbitan bahan cetakan seperti buletin, laporan tahunan, brosur, risalah, rakaman foto, dan video
  • Memastikan aduan dan cadangan dari orang awam dan pelanggan mengenai perkhidmatan PKB diselaraskan dengan lancar dan memenuhi keperluan yang dikehendaki; dan
  • Memastikan orang awam dan pelanggan yang ingin mengetahui atau yang sedang dan telah menerima perkhidmatan Jabatan diberi layanan yang baik dan dikendalikan dengan cepat dan berkesan.

 

FUNGSI

Untuk bertindak sebagai pemangkin imej korporat PKB dengan menjadi pemerhati, pendengar dan penyampai maklumat pelanggan dan korporat kepada Pengarah.

Selaku pengurus komunikasi dan perhubungan media serta pengawal selia perkhidmatan hadapan PKB, Unit Komunikasi Korporat adalah bertanggungjawab terus kepada Pengarah dengan fungsi utama seperti berikut:

 

PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM DAN HUBUNGAN STRATEGIK

  1. Bertindak sebagai 'focal point' (Tumpuan) Jabatan dalam penyampaian dan penyaluran maklumat di peringkat jabatan, nasional dan global
  2. Merancang dan melaksanakan strategi pemerkasaan imej korporat PKB
  3. Merancang dan melaksana program perhubungan awam Jabatan; dan
  4. Menyelaras persiapan majlis taklimat, logistik dan aturan lawatan bagi tetamu Jabatan dari dalam dan luar negara

 

PEGAWAI PROMOSI DAN MEDIA SOSIAL

  1. Merancang dan melaksanakan pelan media berhubung publisiti, promosi dan kempen bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti serta majlis rasmi Jabatan melalui stesen TV dan radio; bahan promosi seperti gegantung (bunting), kain rentang (banner) dan billboard; artikel untuk sisipan akhbar; teks ucapan; dan program penyampaian maklumat perkhidmatan PKB
  2. Menguruskan perhubungan awam dan media dengan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat menerusi liputan media/sidang media, kenyataan akhbar, siaran media dan temu bual khas TV/radio/akhbar, serta program bersama media; dan
  3. Menyampaikan maklumat berhubung dengan fakta dan situasi yang ada kaitan dengan jabatan.
  4. Menguruskan akaun media sosial Jabatan dengan memastikan isi kandungan sentiasa dikemaskini dengan program/aktiviti Jabatan dan isu-isu semasa yang berkaitan dengan perkhidmatan awam;

 

PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN DAN PENGURUSAN ADUAN

  1. Bertindak sebagai focal point jabatan dalam urusan penyampaian perkhidmatan dan perhubungan dengan pelanggan PKB
  2. Merancang dan melaksanakan strategi penyampaian perkhidmatan PKB dan pengendalian pelanggan.
  3. Mengurus dan menyelaraskan aduan, pertanyaan dan cadangan yang diterima oleh PKB melalui SISPAA, surat, emel, telefon, faks dan sosial media.
  4. Merancang dan melaksanakan program e-Pelanggan PKB (Hari Bertemu Pelanggan Secara Maya)
  5. Merancang dan melaksanakan Kajian Kepuasan Pelanggan PKB secara tahunan.
  6. Memantau dan menguruskan maklum balas isu-isu semasa berkaitan PKB dan Perkhidmatan Awam.

 

 PEGAWAI HAL EHWAL KORPORAT DAN LAPORAN TAHUNAN

  1. Merancang, mengurus dan mendokumentasikan bahan maklumat bagi setiap dasar, peranan, program dan aktiviti, serta majlis rasmi Jabatan melalui penerbitan bahan cetakan seperti buletin, laporan tahunan, brosur, risalah; rakaman foto; dan video bagi tujuan edaran dan rujukan pihak awam dan media;
  2. Menyedia dan menerbitkan Buletin PKB 2 keluaran setahun.
  3. Menguruskan liputan media dengan cekap dan berkesan bagi memastikan publisiti yang positif dan menyeluruh mengenai PKB

 

Carta Organisasi

CARTA ORGANISASI

 

 

 

 

Hubungi Kami

 

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

Bil.

Nama

Jawatan

Emel (@pkb.edu.my )

1

Azmee Bin Mohamed Noor

Ketua Unit Komunikasi Dan Hubungan Korporat 

 azmee.mnoor

2

Akmal Bin Abdul Rahman

Pegawai Perhubungan Awam dan Media 

akmal

3

Zunaidawati binti Mat Daud

Pegawai Khidmat Pelanggan Dan Pengurusan Aduan 

zunaidawati

4

Nazli Hulwany binti Abdullah

Pegawai Perhubungan Strategik & Pengurusan Acara 

hulwany

5

Rugayah binti Yusof

Pegawai Hal Ehwal Korporat 

 rugayahyf

6

Nur Amalina binti Mohd Nazri

Pegawai Promosi & Media Sosial 

nuramalina

7

Zulkifli bin Mustafa

Pegawai Penerbitan Laporan Tahunan 

zulkifli 

8

Muneerah Binti Mohd Hulawi

Pembantu Operasi 

muneerah

 

Perkhidmatan

 

ELEMEN-ELEMEN PENTING

  • Pengurusan Media & Publisiti
  • Pengurusan Media Sosial Rasmi
  • Pengurusan Temu Bual & Hebahan
  • Pengurusan Isu & Pemantauan Berita
  • Pengurusan Aduan Awam
  • Pengurusan Penerbitan
  • Pengurusan Majlis
  • Pengurusan Program Khas
  • Pengurusan Pameran Interaktif
  • Pengurusan Lawatan Dalam & Luar Negara
  • Pengurusan Perhubungan Pelanggan