Mengenai Kami

PENGENALAN

Unit Pembangunan Instruksional dan Multimedia (UIDM) yang sebelum ini dikenali sebagai Unit Multimedia dan Sumber (UMS).

UIDM bertanggungjawab untuk menyalurkan teknologi multimedia dan pembangunan instruksional.

UIDM membantu pensyarah dalam penyediaan video pengajaran dan pembelajaran untuk kegunaan pelajar dan perkongsian ilmu di Politeknik Malaysia atau IPT lain. Di samping itu, UIDM turut bertindak aktif dalam menyediakan sumber kepakaran audio visual untuk sebarang aktiviti sama ada rasmi atau sebaliknya di Politeknik Kota Bharu atau agensi setempat.

Unit ini menyediakan bilik seminar, studio, bilik suntingan, stor, dan bilik mesyuarat. Selain itu, kemudahan pinjaman peralatan audio visual seperti kamera foto, kamera video, gimbal, portable PA sistem, walkie talkie dan sebagainya turut disediakan di UIDM.

Senarai kakitangan di UIDM :-

Nama Ketua Unit: CHUNG BOON CHUAN

Bilangan kakitangan ikut pecahan:

  1. Pegawai multimedia: 2 
  2. Penolong jurutera : 1
  3. Juru Audio Visual: 2
  4. Juru Foto: 1
  5. Pereka: 1 (belum diisi)
  6. Pembantu multimedia: 1

 

 

Carta Organisasi

 

Carta Organisasi

 

 

 

 

Perkhidmatan

Perkhidmatan yang disediakan

1. PEMUDAHCARA      
Pemudahcara kepada staf dan pelajar di PKB dalam pengendalian peralatan audio visual, penghasilan video, dan fotografi.
2. AUDIO VISUAL  Menyediakan kepakaran teknikal dalam pengendalian peralatan audio visual semasa pelaksanaan majlis atau program.
3. PEREKA Menyediakan perkhidmatan kreatif dalam penghasilan suntingan video, infografik seperti poster, banner dan bunting.
4. RAKAMAN Menyediakan perkhidmatan videografi dan fotografi serta memastikan segala acara, program, aktiviti, dan majlis yang dijalankan di PKB akan dirakam dan disimpan di dlam arkib UIDM. Termasuklah video Pengajaran dan pembelajaran, persaraan staf. Video berimpak juga digunakan untuk membangunkan YouTube channel institusi dikenali sebagai PKBchannel.
5. KERJASAMA Bekerjasama dan membantu jawatankuasa siaraya, multimedia dan videografi dalam pengendalian aktiviti, program, acara atau majlis.
6. PELAPORAN Menyediakan video pelaporan dan liputan berkaitan pelaksanaan aktiviti, program, acara atau majlis yang berimpak kepada  jabatan atau politeknik.

 

 

Kemudahan

Kemudahan yang disediakan:

  1. Bilik Ketua Unit
  2. Bilik Seminar
  3. Bilik Staf
  4. Studio Fotografi dan Videografi
  5. Bilik Suntingan dan Rekod Suara
  6. Stor Peralatan
  7. Pantri

 

Aktiviti

Aktiviti yang dilakukan:

  1. Fotografi
  2. Video Pelaporan Aktiviti
  3. Video Pengajaran dan Pembelajaran
  4. Suntingan Foto
  5. Suntingan Video
  6. Rekabentuk Poster, Banner, Bunting
  7. Siaran Langsung Tazkirah, Perhimpunan Bulanan, Konvokesyen
  8. Tayangan info di TV info PKB
  9. Video Montaj Aktiviti
  10. Video Persaraan Staf
  11. Membangunkan YouTube channel institusi.