Mengenai Kami

PENGENALAN 

LATIHAN INDUSTRI adalah satu syarat wajib bagi pelajar dalam program-program tertentu di semua peringkat pengajian tinggi di Institut Pengajian Tinggi (IPT). Untuk meningkatkan tahap mampu kerja para graduan, program LI diperkenalkan untuk memperkasa kompetensi yang diperlukan. Kursus LI memberi pelajar peluang pembelajaran di dunia pekerjaan untuk menerima pengalaman praktikal supaya dapat mempertingkatkan kebolehpasarannya. Kursus ini memberi pendedahan dan pengalaman kepada pelajar dari segi perkembangan teknologi, komunikasi yang berkesan, amalan kerja berpasukan, polisi-polisi, prosedur dan peraturan-peraturan, perspektif professional dan pelaporan. Kursus ini akan membina semangat dan sikap yang proaktif di kalangan pelajar dan seterusnya meningkatkan keyakinan mereka untuk menjadi pelatih yang cemerlang.

 

Objektif :-

  • Membina personaliti individu
  • Berkomunikasi dengan berkesan
  • Mengamalkan etika dan peraturan kerja yang baik
  • Menguasai kemahiran bidang kursus
  • Menghasilkan laporan Latihan industri

 

 

Carta Organisasi

Carta Organisasi

 

 

Hubungi Kami

 

Hubungi Kami :

Unit Perhubungan Dan Latihan Industri

Politeknik Kota Bharu
KM 24, Pangkal Kalong,Kok Lanas
16450 Ketereh,Kelantan
 

Tel.: 09-7889126/ 344/641
Faks: 09-7888739

 

Nama Pegawai : Encik Hamdan Nazeri bin Zainal Abidin

Jawatan : Ketua Unit Perhubungan dan Latihan Industri

Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.  @  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Aktiviti

 

Aktiviti

1. Penyediaan data pelajar

2. Penyediaan folder pengurusan Latihan industri

3. Penyediaan dukomen Latihan industri

4.  Menguruskan pendaftaran kursus Latihan Industri

5. Persediaan taklimat 1

6. Perlaksanaan taklimat 1

7. mempamerkan senarai organisasi Latihan untuk rujukan pelajar

8.  Mengurus permohonan tempat Latihan Industri

9. Persediaan taklimat 2

10. Perlaksanaan taklimat 2

11. Proses penempatan pelajar

12. Pelajar yang gagal mendapat tempat Latihan Industri

13. Organisasi latihan membatalkan penempatan pelajar

14. Pelajar yang terlibat kemalangan sebelum menjalani Latihan industri