Mengenai Kami

Unit Pengurusan Aset dan Stor (UPAS) merupakan pecahan daripada Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP) yang merupakan nadi kepada keberkesanan pengurusan di PKB .

Fungsi dan peranan UPAS adalah bertanggungjawab kepada 2 aspek utama iaitu Pengurusan Aset dan Pengurusan Stor. UPAS juga berperanan membantu ke arah kesejahteraan pengurusan agar dapat berfungsi dengan baik dan dapat menyumbang ke arah kecemerlangan Politeknik. Unit Pengurusan Aset dan Stor diketuai oleh Pegawai Pendidikan Tinggi DH52, dibantu oleh Penolong Ketua Pegawai Pendidikan Tinggi DH52, Pembantu Tadbir (P/O) N19 dan Pembantu Operasi N11.

OBJEKTIF UNIT PENGURUSAN ASET DAN STOR

  • Memastikan aktiviti dan pengurusan Aset dan Stor yang efisien dan teratur serta patuh kepada Tatacara Kewangan, Peraturan dan 1 pekeliling Perbendaharaan.

 

Pengurusan Aset

  • Unit ini adalah unit yang menguruskan sepenuhnya pengurusan aset alih jabatan di PKB dalam penambahbaikan pengurusan aset yang sedia ada agar sentiasa bertambah baik dari masa ke semasa.
  • Unit ini merancang, membangun, melaksana dan menyelenggara aktiviti berkaitan Pengurusan Aset dengan melantik Ahli jawatankuasa di jabatan dan unit PKB dalam menjalankan tugas-tugas penerimaan aset, pendaftaran aset, pelupusan aset dan kehilangan aset dan pemeriksaan aset alih jabatan.
  • Mengemukakan laporan tahunan keseluruhan Pengurusan Aset Alih jabatan ke Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Pengurusan Stor

  • Seksyen ini bertujuan untuk menguruskan stok yang meliputi penerimaan, merekod, penyimpanan, pengeluaran, pemeriksaan, keselamatan, kebersihan, pelupusan, kehilangan dan hapus kira.
  • Mengemukakan laporan tahunan keseluruhan Pengurusan Stok Utama mencapai sasaran setiap bacaan kadar pusingan stok tahunan PKB ke Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
  • Mengemukakan laporan tahunan keseluruhan Pengurusan Stor Utama ke Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

 

Carta Organisasi

Carta Organisasi

 

Kemudahan

Kemudahan Yang Disediakan

  • Bilik Ketua Unit/ Bilik Fail Aset PKB
  • Bilik Penyelaras Aset
  • Ruang kerja penyelaras stor/pembantu operasi
  • Kaunter Perkhidmatan
  • Ruang penyimpanan stor utama

Hubungi Kami

Hubungi Kami :

Unit Pengurusan Aset dan Stor

Politeknik Kota Bharu
KM 24,Kok Lanas
16450 Ketereh,Kelantan
 

Tel.: 09-7889126 smbg 261 (Aset) /228 (Stor)