5 Januari 2026 – Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi II 2025/2026 Politeknik Kota Bharu (PKB) telah berlangsung dengan lancar di Dewan Jubli Perak. Selamat datang diucapkan kepada seluruh keluarga baharu PKB.
Hari ini menandakan permulaan satu perjalanan baharu dalam membina ilmu, kemahiran dan jati diri sebagai graduan TVET yang berkualiti, berdaya saing dan berintegriti.
Seiring pendaftaran pelajar baharu, satu Taklimat Ibu Bapa dan Penjaga telah disampaikan oleh YBrs. Ts. Mohd Hisham bin Makhtar, Pengarah Politeknik Kota Bharu bertempat di Dewan Kuliah 2.
Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan berkaitan hala tuju institusi, kebajikan pelajar serta peranan sokongan ibu bapa sepanjang tempoh pengajian.
Turut hadir ialah En. Abdullah @ Mat Yusof bin Yaacob, Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik) PKB dan En. Zainal Anuar bin Bakri, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PKB.
Semoga para pelajar baharu terus melangkah maju dengan penuh semangat, disiplin dan iltizam dalam mencapai kejayaan akademik serta sahsiah diri yang cemerlang.
