Batu Caves, 20 Mac 2023 - Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) dengan kerjasama Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah menganjurkan Program Literasi Kewangan dan Pengumuman Malaysia ππ°π°π¬ π°π§ ππ¦π€π°π³π₯π΄ (MBOR) bersempena dengan πππ°π£π’π ππ°π―π¦πΊ ππ¦π¦π¬ 2023 yang disambut mulai hari ini sehingga 26 Mac 2023 di seluruh dunia dengan tema πππ’π― π π°πΆπ³ ππ°π―π¦πΊ, πππ’π―π΅ π π°πΆπ³ ππΆπ΅πΆπ³π¦.
Sebanyak 36 politeknik dan 105 kolej komuniti yang terdiri daripada pelajar dan staf telah menyertai program ini secara serentak sekaligus berjaya melakar sejarah mencatatkan seramai 38,847 penyertaan seterusnya mengesahkan pencapaian ini untuk direkod di dalam Malaysia ππ°π°π¬ π°π§ ππ¦π€π°π³π₯π΄ (MBOR). Program ini bertujuan untuk mendidik masyarakat khususnya dalam konteks pemerkasaan pendidikan kewangan dalam kalangan pelajar Insitutusi Pendidikan Tinggi (IPT).
Pengumuman Malaysia ππ°π°π¬ π°π§ ππ¦π€π°π³π₯π΄ ini telah dibuat ketika Majlis Penutup Program Literasi Kewangan πππ°π£π’π ππ°π―π¦πΊ ππ¦π¦π¬ dan Pengumuman Malaysia ππ°π°π¬ π°π§ ππ¦π€π°π³π₯π΄ yang disempurnakan oleh YBrs. Ts. Zainab binti Othman, Pengarah Kanan (Kompetensi), JPPKK di Kolej Komuniti Selayang, disini.
Turut hadir pada majlis penutup ini ialah YBrs. Encik Azaddin bin Ngah Tasir, Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Pengarah-pengarah politeknik dan kolej komuniti serta Pegawai-pegawai Kanan AKPK.
Β

Β
