12 Oktober 2025 - Telah berlangsung Mesyuarat Pembukaan Audit Dalaman MS ISO 9001:2015 di Bilik Ibnu Khaldun, Politeknik Kota Bharu.
Taklimat audit telah disampaikan oleh En. Mohamed Hairy bin Yahya, Ketua Juruaudit, yang mengetuai pasukan seramai 30 orang auditor dibahagikan kepada 7 kumpulan.
Audit yang dijalankan selama 5 hari bermula 12 hingga 16 Oktober 2025 ini bertujuan memastikan proses kerja dan pelaksanaan di setiap jabatan serta unit berada pada tahap yang menepati standard MS ISO 9001:2015.
Turut hadir YBrs. Ts. Mohd Hisham bin Makhtar, Pengarah Politeknik Kota Bharu, bersama barisan pengurusan tertinggi PKB.
Pelaksanaan audit ini mencerminkan komitmen berterusan PKB dalam memperkukuh budaya kualiti, profesionalisme dan penambahbaikan berterusan ke arah kecemerlangan institusi.